Monday, August 3, 2009

MALAM NISFU SYA'BAN

Assalamualaikum WBT,

Al-hamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi, umur kita telah dipanjangkan dan kini kita telah berada pada bulan Sya'ban. Dalam perjalanan kita menempuh bulan Sya'ban ini, suka untuk saya menceritakan serba sedikit kisah yang terselindung di sebalik bulan Sya'ban.


1. Sekarang kita berada di bulan Nisfu Sya'ban. Bulan Sya'ban adalah terletak antara dua bulan iaitu bulan rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia dan bulan Al Quran di turunkan.

2. Bulan Sya'ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding dengan bulan-bulan lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah: " Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain seperti mana engkau berpuasa di bulan Sya'ban." Baginda menjawab, " ia adalah bulan yang dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa.

3. Sebagaimana ada riwayat yang sehih menyatakan bahawa baginda berpuasa hari isnindan khamis setiap minggu. Didalam setengah hadis baginda telah ditanya tentang berpuasa tentang rahsia tentang berpuasa tentang hari isnin dan khamis, baginda menjawab: " Pada kedua hari ini amalan hamba di bentangkan kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa.

4. Hari ini adalah 14hb. Sya'ban dan esok adalah hari pertengahan bulan Sya'ban. Malam ini adalah malam nisfu Sya'ban .Atau banyak hadith-hadith yang telah menceritakan tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban. Antara hadith itu adalah sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: "Allah sentiasa melihat ke arah semua makhluknya pada malam nisfu Sya'ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan."

5. Allah sentiasa memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan di sertai dengan keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang di sertai dengan belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa.

6. Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan pada ayat Nya :

( AN NISA' 4:116 ) Ertinya ; "Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Nya dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang di kehendakiNya.

7. Manakala orang yang mempunyai permusuhan, perkelahian, memutuskan tali persaudaraan adalah terhalang dari mendapat keampunan. Allah akan menangguhkan keampunan dari kedua orang yang bermusuhan itu sehinggalah mereka berbaik-baik semula.

8. Pintu keampunan Allah adalah juga tertutup bagi mereka yang mengotorkan hati mereka dengan perasaan dengki. Mereka adalah merupakan orang yang tidak berdoa dengan doa

(AL HASYAR 59:10) Ertinya: "Wahai Tuhan kami ampunkan lah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah Engkau jadikan didalam hati kami rasa dengki terhadap orang-orang yang beriman . Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani."

9. Seperkara lagi yang di kaitkan dengan malam nisfu Sya'ban ini adalah satu peristiwa yang berlaku dalam tahun kedua Hijrah iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda Rasulullah telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim. Firman Allah

(AN NAHLU 16:123) Ertinya; " Kami akan melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka"

Allah telah menunaikan apa yang di kehendaki oleh baginda. Allah telah menurunkan firman Nya:

(AL BAQARAH 2:144) Ertinya; " Kami telah melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka"

10. Peristiwa pertukaran arah kiblat ini adalah juga merupakan salah satu rahsia ujian Allah terhadap manusia sebagaimana firman Nya:

(AL BAQARAH 2:143) Ertinya ; " Dan kami tidak menjadikan (kamu mengadap) kearah kiblat yang kau hadapkan muka hari ini melainkan Kami ingin tahu siapakah yang mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah tidak mengikutnya."

11. Antara amalan-amalan di malam nisfu Sya'ban ialah bacaan surah yasin,istiqarah,sembahyang malam,berselawat dan lain amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

12. Akhirnya samalah kita mengambil pengajaran malam nisfu Sya'ban di mana Allah mengampunkan dosa setiap hambaNya yang tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain dan kecuali seorang ada permusuhan dengan saudaranya yang lain.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan sahihnya ada dinyatakan : Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun sekadar sejengkal iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya,perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan dua orang saudara yang bermusuhan antara satu sama lain.

Al-hamdulillah, demikianlah betapa beruntungnya sesiapa yang sedar akan kelebihan yang terkandung dalam bulan Sya'ban. Moga dengan itu harapan saya adalah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan kita dimalam ini dan berpuasa pada keesokkan hari bagi mereka yang mampu.

Sekian.

Wednesday, November 12, 2008

KESEDARAN DIRI POSITIF

Assalamualaikum WBT,

Saya tertarik pada sebuah artikel di dalam sebuah blog, harapan agar artikel ini menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi kita di hari muka.

Salam pembaca blog, saya doakan moga Anda sihat dan cukup bersemangat.

Dalam tips motivasi kali ini saya memetik kata-kata Dr Fadzilah Kamsah, katanya "orang-orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran diri yang mendalam, mereka sentiasa mempraktikkan kesedaran diri yang positif.
Dalam diam, mereka tahu dan mereka kenal sangat diri mereka bagaimana dan siapakah diri mereka, kebolehan, kekuatan, kekurangan dan keunikan mereka".

Selain itu, mereka juga tahu apa yang mereka mahu tahu dan mempunyai peta hidup yang cukup jelas, selalunya dirangka untuk jangka masa 7 hingga 10 tahun ke depan. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya serta tak membenarkan sesekalipun fikiran negatif, tanggapan negatif mahupun sikap negatif duduk bersarang (mahupun bersawang!) dalam minda mereka.

Bahkan mereka mengisi minda dengan hal-hal yang positif saja, sebanyak yang mungkin sepositif yang mungkin. Orang-orang yang berjaya sentiasa dahagakan ilmu.

Selain nak memajukan diri, itu dah menjadi kebiasaan mereka supaya cintakan ilmu, suka mempelajari sesuatu yang baru dan berkeinginan untuk belajar menambah ilmu sepanjang hidup tanpa jemu, di mana jua bila-bila masa. Dari apa yang saya lihat dan dari apa yang saya kaji, orang-orang yang berjaya ni bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai orang, keadaan, persekitaran dan situasi.

Jadi, untuk berjaya, hijrahkan diri ke arah kesedaran yang lebih positif, lebih baik dan yang lebih cemerlang. Kawal diri Anda dengan berlatih mengawal emosi, mengawal pemikiran dan selalu membersihkan hati untuk memastikan kedamaian jiwa.

Dengan itu, barulah ada ketenangan.

Kesannya, muncul kecemerlangan.

Pilih untuk jadi orang yang ada motivasi.

Thursday, October 2, 2008

PUASA SYAWAL

Dalil puasa Syawal adalah:

Dari Abu Ayyub rodhiyallahu anhu:
“Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.”
[Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]

Riwayat lain:
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.”

Hukumnya adalah sunnah:
“Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahwa berpuasa 6 hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syaafi’i, Ahmad dan banyak ulama terkemuka mengikutinya. Tidaklah benar untuk menolak hadits ini dengan alasan-alasan yang dikemukakan beberapa ulama dalam memakruhkan puasa ini, seperti; khawatir orang yang tidak tahu menganggap ini bagian dari Ramadhan, atau khawatir manusia akan menganggap ini wajib, atau karena dia tidak mendengar bahwa ulama salaf biasa berpuasa dalam Syawal, karena semua ini adalah perkiraan-perkiraan, yang tidak bisa digunakan untuk menolak Sunnah yang shahih. Jika sesuatu telah diketahui, maka menjadi bukti bagi yang tidak mengetahui.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuts wal Ifta’, 10/389]

Hal-hal yang berkaitan dengannya adalah:

1. Tidak harus dilaksanakan berurutan.
“Hari-hari ini (berpuasa Syawal-) tidak harus dilakukan langsung setelah ramadhan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah ‘Id, dan mereka boleh menjalankannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, apapun yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya-) tidaklah wajib, melainkan sunnah.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuts wal Ifta’, 10/391]

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
“Shahabat-shahabat kami berkata: adalah mustahab untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadits ini mereka berkata: sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga diperbolehkan, karena dia masih berada pada makna umum dari hadits tersebut. Kami tidak berbeda pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Dawud.”
[Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab]

Bagaimanapun juga bersegera adalah lebih baik:
Berkata Musa: ‘Itulah mereka telah menyusul aku. Dan aku bersegera kepada-Mu, Ya Rabbi, supaya Engkau ridho kepadaku. [ThooHaa: 84]

2. Tidak boleh dilakukan jika masih tertinggal dalam Ramadhan
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadhan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan 6 hari puasa Syawal, karena dia tidak bisa melanjutkan puasa Ramadhan dengan 6 hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadhan-nya terlebih dahulu.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuts wal Ifta’, 10/392]

Sunday, August 31, 2008

PANDUAN DOA-DOA DALAM SOLAT TERAWIH

DOA SESUDAH SHALAT TARAWIH


﴿ الحَمْدُ للهِ رَبِّالْعَالَمِينَ/ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهْ / يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكْ / اَللَّهُمَّ صَلِّعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ / اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيماَنِ كَامِلِينْ / وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدّيِنْ / وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِينْ / وَعَلَى الصَّلَوَاتِ مُحَافِظِينْ / وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِينْ / وَبِالنَّعْمَاءِ شَاكِرِينْ / وَعَلَى الْبَلاَءِ صَابِرِينْ / وَفِى الدُّنْياَ زَاهِدِينْ / وَفىِ اْلآخِرَةِ رَاغِبِينْ / وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِينْ / وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِينْ / وَمِنَ النّاَرِ ناَجِينْ / وَعَلَى سُرُرِ الْكَرَامَةِ قاَعِدِينْ / وَمِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُتَلَبِّسِينْ / وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِينْ / وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًّى شَارِبِينْ/ بِأَكْوَابٍ وَأَباَرِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينْ / مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِييِّنَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينْ / وَصَلّ ِاللَّهُمَّعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ / وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّالْعَالَمِينْ ﴾


DOA SESUDAH WITIR RAMADHAN

﴿ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّالْعَالَمِينْ/ اَللَّهُمَّ صَلِّعَلَى مُحَمَّدْ / وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ / / اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمْ / تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنّاَ / اَللَّهُمَّ إِنّاَ نَسْأَلُكَرِضَاكَ وَالْجَنَّةَ / وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنّاَرْ / اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنّاَ صِياَمَناَ / وَقِياَمَناَ / وَرُكُوْعَناَ / وَسُجُوْدَناَ / وَتَضَرُّعَناَ / وَتَخَشُّعَناَ / وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَناَ / بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينْ / اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنّاَ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمْ / وَ تُبْ عَلَيْناَ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمْ / سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمّاَ يَصِفُونْ / وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّالْعَالَمِينْ ﴾


DOA BERBUKA PUASA

﴿ اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ / وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ / ذَهَبَ الظَّمَـأ ُ/

وَابْـتَلََّتِ الْعُرُوْقُ / وَ ثَـبَتَ اْلأَجْـرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَـالَى ﴾
Allahumma laka shumtu , wa ‘ala rizqika afthartu , dzahaba z-zhama’u
Wa-btallati l-uruqu , wa tsabata l-ajru insya Allahu ta’ala, aamiin











SHALAWAT TIAP DUA RAKAAT TARAWIH

﴿ اَللَّهُمَّ صَلّ عَلَى مُحَمَّدْ ﴾BILAL :

﴿ اَللَّهُمَّ صَلّ ِوَسَلِّمْ وَباَرِكْ عَلَيْه ﴾JAMA’AH :








TASBIH SESUDAH RAKAAT WITIR


﴿ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسْ / سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودْ / سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُوْد / سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لاَ يَناَمُ وَلاَ يَمُوْتُ وَلاَ يَفُوْتُ أَبَداً / سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّناَ وَرَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوحْ / سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرْ / وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيّ ِالْعَظِيمْ﴾



LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN ESOK HARI

﴿ نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضاَنَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى﴾
Nawaytu shawma ghadin , ’an ada’i fardhi syahri ramadhana
hadzihi s-sanati lillahi ta’ala

Ibadah Puasa


" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

PENGERTIAN PUASA

  • Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
  • PUASA WAJIB

  • Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
  • PUASA SUNAT

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
  • PUASA MAKRUH

  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
  • PUASA HARAM

  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
  • SYARAT WAJIB PUASA

  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
  • SYARAT SAH PUASA

  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
  • RUKUN PUASA

  • Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
  • PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
  • ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
  • Fadhilat Ramadhan

    Hadith 1

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

    Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

    Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

    Hadith 2

    Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

    Hadith 3

    Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

    Hadith 4

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

    Hadith 5

    Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

    Hadith 6

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

    Wednesday, July 23, 2008

    SIFAT RENDAH DIRI BENTENG TAMAKKAN DUNIA

    TAMAKKAN dunia ialah kecenderungan untuk memburu dan mengejar kehidupan duniawi termasuk mengumpul benda, mengejar kedudukan pangkat dan darjat, menyintai kemewahan hidup dan melupakan tanggungjawab terhadap Allah.
    Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekal kehidupan di akhirat.
    Allah berfirman yang bermaksud: “Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.” (Surah Al-Qasas, ayat 77)Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.” (Hadis riwayat Al-Asyakin)
    Jelas Islam adalah agama yang radikal serta tidak pasif, ia menyarankan perspektif luas supaya wujud keseimbangan antara kepentingan dunia dan akhirat antaranya menerusi kewajipan berzakat – yang kaya membantu golongan memerlukan.
    Malah, selain ganjaran pahala amalan zakat menjadikan umat Islam bersifat rendah hati dan mereka yang rendah hati tergolong dalam golongan sangat dikasihi Allah.
    Sejarah Islam sudah menunjukkan bukti jelas bahawa orang yang tamakkan dunia akan menerima pembalasan daripada Allah, bukan saja di dunia, tetapi di akhirat seperti berlaku terhadap Qarun seorang hartawan yang hidup pada zaman Nabi Daud.
    Disebabkan sifat tamak dan haloba atas rezeki yang Allah kurniakan, Qarun bersama hartanya ditelan bumi. Begitu juga Firaun yang bongkak hingga mengaku dirinya tuhan akhirnya mati dihanyutkan arus lautan yang bergelora.
    Marilah kita menyedari hakikat bahawa segala kekayaan dimiliki seseorang adalah suatu ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana kesyukuran serta ketakwaan kita dalam menerima anugerah itu.
    Bagi yang tebal rasa keimanannya tentu saja mereka akan menerima segala kekayaan dan harta benda itu sebagai pemberian perlu disyukuri, manakala mereka yang tamak dan haloba sering berasa tidak pernah cukup lalu akhirnya kekayaan menjadikan ia bertambah sombong, bongkak, kikir dan kedekut serta berpaling menjauhkan diri daripada Allah.
    Oleh itu, sifat rendah hati amat ditekankan Islam kerana sifat rendah hati boleh menjadi benteng mencegah daripada rasa tamak haloba terhadap dunia.
    Firman Allah yang bermaksud: “Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi.”
    Sementara dalam kumpulan riwayat (Al-Futahal Makkiyah) Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu kebanyakannya berada di dalam kecukupan tetapi mereka masih mencari akan apa yang membawanya kepada kedurhakaan, sesungguhnya manusia itu juga tidak pernah berasa cukup dengan sedikit, tetapi tidak pula mereka berasa puas dengan yang banyak.”
    Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat bernama Abu Saalabah yang hidup dalam keadaan miskin, tetapi terkenal sebagai seorang cukup taat mengerjakan sembahyang berjemaah bersama nabi serta sahabat.
    Nabi Muhammad SAW hairan kerana Abu Saalabah tidak pernah mahu ikut bersama jemaah lain untuk mengaminkan doa dibacakan Baginda setiap kali selepas selesai menunaikan solat.
    Pada suatu hari ketika Abu Saalabah hendak bangun meninggalkan jemaah yang sedang mengaminkan doa, tiba-tiba Rasulullah SAW memanggilnya seraya bertanya: “Wahai Saalabah, mengapa aku lihat engkau tidak pernah mahu menunggu bersama orang lain untuk mengaminkan doaku.”
    Maka Saalabah pun menjawab: “Wahai Rasulullah, sebenarnya hamba ini seorang yang sangat miskin, kebetulan hanya inilah saja sehelai kain (sambil dia memegang kain yang dipakainya) yang hamba miliki, oleh itu hamba tidak sempat untuk menunggu lama bagi mengaminkan doa tuan, sebab kain ini jugalah yang hendak dipakai oleh isteri hamba yang kini sedang menunggu untuk bersembahyang di rumah.”
    Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah SAW tercengang lalu baginda bertanya kepada Abu Saalabah: “Jika demikian miskinnya kamu, maka mahukah engkau aku doakan supaya menjadi kaya?” Lalu Abu Saalabah menjawab: “Demi engkau sebagai nabi dan kekasih Allah, doakanlah supaya aku menjadi kaya.”
    Selang tidak berapa lama, dengan berkat doa Nabi Muhammad SAW maka kehidupan Saalabah beransur-ansur senang akhirnya dia menjadi kaya raya selaku seorang saudagar dan tuan punya biri-biri dan unta yang banyak.
    Selepas kekayaannya Abu Saalabah tidak lagi kelihatan datang ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah bersama nabi serta golongan sahabat lain. Ketika beberapa sahabat menanyakan Nabi Muhammad SAW mengenai ketiadaan Saalabah sembahyang berjemaah, lalu Baginda menjawab: “Kesibukan menguruskan harta benda dan kecintaan Saalabah kepada dunia ini menyebabkan dia terlupa untuk mencari jalan ke masjid.”
    Kisah Saalabah menunjukkan bahawa kemewahan hidup serta sifat tamakkan dunia bisa menggugat ketakwaan serta keimanan seseorang.
    Dalam sebuah hadis sahih, seseorang yang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perbandingan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat, maka jawab baginda: “Ketahuilah kamu bahawa jika dibandingkan kenikmatan yang ada di dunia ini dengan kenikmatan di dalam syurga, maka dunia sebenarnya adalah tak lebih seperti seketul bangkai yang ditarik atau direbut oleh beberapa ekor anjing.”
    Sementara dalam sebuah hadis lain, bertanya pula seseorang kepada Rasulullah SAW mengenai perbandingan antara dunia dengan akhirat, maka jawab baginda: “Celupkan jarimu ke air laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat.”

    Petikan dari : Dunia Perkahwinan Blog ( http://intim.wordpress.com/ )
    Oleh : Zahari Hasib

    Betapa Silapnya Kita ????

    Betapa silapnya kita …………………
    Anak yang dilahirkan,
    Awalnya tersendiri, mulanya terbentuk dengan segala keta’juban sifat diri
    Sikecil itu punya indera,punya upaya
    Namun kita bunuh dengan keegoaan kita sendiri

    Bertapa silapnya kita….
    Sicomel itu didatangkan ke dunia dengan penuh harap
    Ibunya berjanji,bapanya bertekad
    Anak itu perlu berjaya seperti orang yang berjaya
    Berijazah tinggi,berkarier hebat, bergaji lumayan
    Tapi sicomel hanya mahu jadi insan yang dikasihi dan mengasihani

    Betapa silapnya kita……..
    Silincah dan sekecil itu ingin tahu,ingin mencuba
    Namun guru memenjara,
    Diajarnya hanya dengar dan diam
    Dikepongnya minda dan jiwa dalam struktur dan arahan

    Betapa silapnya kita …………………
    Kita sangka kita mendidik,rupanya kita menternak
    Kita sangka kita mengasuh,rupanya kita memaksa
    Sikecil itu nampak belajar,rupanya meronta-ronta jiwanya
    Sicomel itu nampak mendengar,rupanya menyimpan dendam
    Bila rebung sudah menjadi buluh
    Rupa-rupanya bukan insan murni yang kita lahirkan
    Namun insan berhati setan
    Serigala berbulu ayam
    Bila rebung sudah menjadi buluh
    Rupa-rupanya bukan insan murni yang kita lahirkan
    Namun insan berhati setan
    Serigala berbulu ayam
    Dihiasi baju konvokesyen yang kita megahkan, namun..
    Mereka berbaris hanya untuk seutas skroll entah apa
    Betapa silapnya kita
    Dan hingga kini kita masih terus silap tanpa...
    .......rasa bersalah".