Wednesday, November 12, 2008

KESEDARAN DIRI POSITIF

Assalamualaikum WBT,

Saya tertarik pada sebuah artikel di dalam sebuah blog, harapan agar artikel ini menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi kita di hari muka.

Salam pembaca blog, saya doakan moga Anda sihat dan cukup bersemangat.

Dalam tips motivasi kali ini saya memetik kata-kata Dr Fadzilah Kamsah, katanya "orang-orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran diri yang mendalam, mereka sentiasa mempraktikkan kesedaran diri yang positif.
Dalam diam, mereka tahu dan mereka kenal sangat diri mereka bagaimana dan siapakah diri mereka, kebolehan, kekuatan, kekurangan dan keunikan mereka".

Selain itu, mereka juga tahu apa yang mereka mahu tahu dan mempunyai peta hidup yang cukup jelas, selalunya dirangka untuk jangka masa 7 hingga 10 tahun ke depan. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya serta tak membenarkan sesekalipun fikiran negatif, tanggapan negatif mahupun sikap negatif duduk bersarang (mahupun bersawang!) dalam minda mereka.

Bahkan mereka mengisi minda dengan hal-hal yang positif saja, sebanyak yang mungkin sepositif yang mungkin. Orang-orang yang berjaya sentiasa dahagakan ilmu.

Selain nak memajukan diri, itu dah menjadi kebiasaan mereka supaya cintakan ilmu, suka mempelajari sesuatu yang baru dan berkeinginan untuk belajar menambah ilmu sepanjang hidup tanpa jemu, di mana jua bila-bila masa. Dari apa yang saya lihat dan dari apa yang saya kaji, orang-orang yang berjaya ni bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai orang, keadaan, persekitaran dan situasi.

Jadi, untuk berjaya, hijrahkan diri ke arah kesedaran yang lebih positif, lebih baik dan yang lebih cemerlang. Kawal diri Anda dengan berlatih mengawal emosi, mengawal pemikiran dan selalu membersihkan hati untuk memastikan kedamaian jiwa.

Dengan itu, barulah ada ketenangan.

Kesannya, muncul kecemerlangan.

Pilih untuk jadi orang yang ada motivasi.

Betapa Silapnya Kita ????

Betapa silapnya kita …………………
Anak yang dilahirkan,
Awalnya tersendiri, mulanya terbentuk dengan segala keta’juban sifat diri
Sikecil itu punya indera,punya upaya
Namun kita bunuh dengan keegoaan kita sendiri

Bertapa silapnya kita….
Sicomel itu didatangkan ke dunia dengan penuh harap
Ibunya berjanji,bapanya bertekad
Anak itu perlu berjaya seperti orang yang berjaya
Berijazah tinggi,berkarier hebat, bergaji lumayan
Tapi sicomel hanya mahu jadi insan yang dikasihi dan mengasihani

Betapa silapnya kita……..
Silincah dan sekecil itu ingin tahu,ingin mencuba
Namun guru memenjara,
Diajarnya hanya dengar dan diam
Dikepongnya minda dan jiwa dalam struktur dan arahan

Betapa silapnya kita …………………
Kita sangka kita mendidik,rupanya kita menternak
Kita sangka kita mengasuh,rupanya kita memaksa
Sikecil itu nampak belajar,rupanya meronta-ronta jiwanya
Sicomel itu nampak mendengar,rupanya menyimpan dendam
Bila rebung sudah menjadi buluh
Rupa-rupanya bukan insan murni yang kita lahirkan
Namun insan berhati setan
Serigala berbulu ayam
Bila rebung sudah menjadi buluh
Rupa-rupanya bukan insan murni yang kita lahirkan
Namun insan berhati setan
Serigala berbulu ayam
Dihiasi baju konvokesyen yang kita megahkan, namun..
Mereka berbaris hanya untuk seutas skroll entah apa
Betapa silapnya kita
Dan hingga kini kita masih terus silap tanpa...
.......rasa bersalah".